U . K . H . W . A . H
aku bukannya pandai untuk menasihati kerna aku juga seorang insan yang lemah dan sering melakukan kesalahan . tiada manusia yang sempurna melainkan dia KEKASIH ALLAH .
semua manusia tetap sama di mata Allah walaupun di mata manusia .
dia berkuasa , berpangkat , kuat , kaya dan sebagainya . hhe .
dah laa tuu . mesti bosan dengar aku ceramah sebegini rupa kan ?
oke . sambung sambung ,
hari nyh . aku nak ceritakan tentang UKHWAH
hari nyh . aku nak ceritakan tentang UKHWAH
![]() |
| ukhwah kita. |
berdasarkan apa yang aku baca .
firman Allah :
Orang-orang mukmin sesungguhnya bersaudara; maka rukunkanlah kedua saudaramu yang berselisih dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat (Q.s. Al-Hujurat [49]: 10)sudah dimaklumkan di dalam al-quran bahawa kita adalah saudara .
mukmin itu adalah kita iaitu ORANG ISLAM .
memang . memang kita berlainan keluarga , keturunan dan salasilah .
tapi kita tetap keturunan adam dan hawa .
oke3 . aku tak akan beri tekanan kepada korang untuk baca . kita sempoi2 je .
ini setakat renungan . mungkin korang dah bosan dengar bebelan aku .
takpe kalu taknak baca . ini bukan paksaan tau .
kalu nak terima . terima laa .
lihat ini . berdasarkan apa yang aku baca di artikel di laman web ...
Al-Qur’an mengenalkan lima dimensi ukhuwah:
(1) persaudaraan sesama manusia (ukhuwah insaniyah),
(2) persaudaraan nasab dan perkawinan/semenda (ukhuwah nasabiyah shihriyah),
(3) persaudaraan suku dan bangsa (ukhuwah sya’biyah wathaniyah),
(4) persaudaraan sesama pemeluk agama (ukhuwah diniyah),
(5) persaudaraan seiman-seagama (ukhuwah imaniyah).
Persaudaraan sesama manusia dilandasi oleh kesamaan dan kesetaraan manusia di hadapan Allah SwT.
Hai manusia! Kami ciptakan kamu dari satu pasang laki-laki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu beberapa bangsa dan suku bangsa, supaya kamu saling mengenal [bukan supaya saling membenci, bermusuhan]. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu dalam pandangan Allah ialah yang paling bertakwa. Allah Mahatahu, Maha Mengenal (Q.s. Al-Hujurat [49]: 13).
![]() |
| tak faham . tak faham . ape ek ? |
faham ? hhe . mesti muka korang blur macam gambar di sebelah tuu . hhe . oke3 . i'm just kiddim jor laa .
oke .macam nyh .
aku pon tak reti mana nak bagi ceramah .
tapi mungkin sedikit ulasan .
Allah telah berfirman . Allah jadikan kita berpasang-pasangan .
laki dan perempuan
Allah jadikan kita BERBANGSA .
Allah nak kita sebagai insan yang berpijak di bumi Allah ini untuk berbaik dan bersaudara .
sesungguhnya Allah amat membenci sesiapa yang bermusuhan .
Allah nak kita saling mengenali antara satu sama lain . Allah nak kita eratkan hubungan silaturahim .
hubungan yang berlandaskan syariah islam . inshaAllah .
haa ! faham tak saudaraku ?
oke . selanjutnya .. hhe .
semalam bersamaan dengan hari JUMAAT 29/7/2011
dan usrah aku telah bergabung dengan usrah lelaki di bawah pimpinan cikgu kartini .
dan nakibnya adalah akhi luqman .
dan akhi luqman telah beri sedikit ulasan berkenaan dengan rukun usrah .
rukun usrah ada 3:
1) ta'aruf (berkenalan)
2)tafahum (bersefahaman)
3)ta'awun (tolong menolong)
berdasarkan apa yang akhi luqman cakap ..
iaitu saling mengenali antara satu sama lain .
kita kenal dia dengan lebih mendalam sebagai umat islam .
ya . kerna kasih sayang . untuk timbulkan rasa sayang , kita kena mengenali antara satu sama lain .
dan bila kita dah sayang .
kita tak akan menzaliminya . kita tak akan mengaibkan saudara kita . betol kan ?
bahkan . pepatah melayu pon pernah kata ..
tak kenal maka tak cinta
hhe .
dan akhi luqman pon kata . SESI TA'ARUF AMAT PENTING !
bermula dengan sesi ta'aruf laa kita akan kenal dia .
kita akan bersefahaman .
kita akan saling bantu membantu .
kerana bermula dengan saling mengenali itu laa .
kita eratkan silaturahim . tanpa ada rasa benci .
tengok ? betapa pentingnya untuk kita eratkan hubungan silaturahim kan ?
ukhwah ! ukhwah akan terbina melalui ta'aruf . hhe .
dan akhi luqman kata .
kita lelaki perempuan harus lah saling mengenali juga .
Allah tak suruh pon kita benci lelaki .
Allah pon tak suruh kita benci perempuan .
ada ke hadisnya ?
ada ke firman Allah kata supaya kita membenci antara satu sama lain .?
sesungguhnya Allah melaknat orang yang bermusuhan .
dan dalam ukhwah . jangan laa kita membenci , jangan ada rasa PHD tuu .
hhe . bahaya !
PHD : perasaan hasad dengki !
JANGAN TAU !
kalau dengki . istighfar teros ! syaitan je tuu . kacau aje menggangu . hhe .
umm . oke . kalu dah kenal . kena saling memahami .
![]() |
| saling memahami . |
rasa apa yang saudara kita rasa . sedih sama2 . gembira sama2 . biar segalanya bersama .
bila dah saling memahami . kita kena tolong . hulurkan tangan , ringankan beban .
baru kuat ukhwah kita sesaudara kan ?
![]() |
| helping hands |
firman Allah :
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." (Al Maaidah:2)
korang tahu tak . kalau kita tolong saudara kita .
Allah akan tolong kita balik .
kalu kita tutup aib saudara kita ,
Allah akan tutup aib kita di akhirat kelak .
PERCAYA LAA !
hhe . tapi jangan tolong saudara kita buat jahat . tapi buat baik . ingat !
tolong saudara kita buat kebajikan je .
uhm . lagi satu ceramah yang aku dengar dari akhi hafiz di asrama aku ,
dia kata ...
kalau kita sayang saudara kita ,
hendaklah kita ungkapkan dengan cara yang baik .
bagi muka yang manis .
kurniakan sebanyak mungkin senyuman anda . biar lebih manis dari gula .
keep smiling . it's sunnah . ingat !
dan jangan lupa untuk beri salam .
peluk saudara kita dengan kasih sayang bila berjabat tangan tuu . hhe .
dengan sahabat kita pon boleh .
tapi ingat , pelukan sesama genre je . jangan laa yang berbeza genre . bahaya !
hha . terbina ukhwah kita dengan itu .
beri salam dan senyum laa . supaya manis dan ukhwah semakin erat .
dan jangan lupa untuk saling memberi hadiah .
contohnya , macam bagi sedikit makanan untuk sahabat kita .
itu pon kira sebagai hadiah dan dikira sebagai sedekah kan ?
pahala tuu . rugi tau kalu korang lepaskan .
rugi o0oo !
dan paling penting dalam ukhwahfillah nyh .
ingat nyh nak cakap .! salin salin ! hhe .
iaitu saling maaf memaafi ya ! ingat !
![]() |
| tangisi kesalahan dan maafkan seseorang tuu . |
supaya tiada lagi pertelingkahan .
tiada lagi permusuhan dalam bersaudara .
aman dan harmoni negara nyh kalu tak gadoh3 kan ?
oke laa . dah banyak sangat aku membebel .
perot pon dah lapar .
tangan pon dah sakit menaip .
hhe ,
kesimpulannya .
binalah ukhwah persaudaraan kita supaya mendapat cinta Allah dan Rasul .
ameen .!
hhe .oke laa , cau dulu .
assalamualaikum !














Comments