angugerah istimewa .
*aku tak pernah cerita tentang KELUARGA aku salam blog kan ?
hhe . tapi sekarang , terasa pulak nak cerita tentang anugerah istimewa .
seorang adik untuk aku .
seorang anak untuk umi dan abi .
semakin bertambah bilangan keluargaku.
daripada berdua .
sekarang kami bertiga .
daripada berdua .
sekarang kami bertiga .
oke . the story begin . . .
* * *
tanggal 27 Mei 2003 .
lahirlah seorang bayi yang terlalu suci daripada dosa .
terlalu comel bagi aku .
seorang insan yang diberi nama Muhammad Nabil Bin Ahmad Suhaimi .
di sebuah Klinik ,
aku dibawa ke sana untuk melihat adik baruku .
tapi ketika itu aku masih berusia 7 tahun .
aku berlari ke katil umi .
aku tercari cari , mana adik baru aku .
kemudian , abi bawa aku ke suatu tempat ,
Bilik Khas untuk bayi .
orang kata , bilik tuu untuk bayi yang tak sempurna lagi sepenuhnya .
ataupon tak normal .
tapi ketika itu , aku masih kecil .
tidak mengerti apa apa .
aku cuba menjenguk ke cermin besar tuu .
tapi tak nampak apa apa .
HHA . aku pendek ketika itu .
lalu , abi mendukung aku sambil menunjukkan di mana adikku .
'kenapa adik aku dalam tuu ? dalam inkubator biru . sakit ke '
"umi , adik sakit ke ? sakit ape ?"
"usus tersumbat . sindrom down . adik kaklong anak istimewa"
"hmm . ya ke ?"
"ya lha ."
* * * *
sepanjang umi dan adik baru aku masih ditahan di klinik tu ,
aku menetap bersama nenek aku .
dekat je rumah nenek dengan aku .
aku selaluu mengintai rumah aku dari rumah nenek .
selalu takde kereta .
abi selalu pergi klinik tak ajak .
sedih pon ada .
aku rindu umi masa tuu .
tapi itu kisah lama . .
* * *
satiap kali aku pulang ke kampung .
aku tak suka . tak suka langsung !
nak tahu sebab apa ,
adik aku sakit sindrom down .
ususnya rosak . die kanak kanak istimewa .
adik sepupu aku , selalu cakap macam nyh . .
"eei ! nabil berak . busuk lha . pergi lha main tempat lain"
aku cuma membisu dan perhatikan ,
tapi aku menangis bukan dihadapan orang ,
aku menangis dalam hati .
tak siapa tahu dan dengar .
adik aku tak boleh bercakap .
ketika itu , adik aku tak boleh bejalan, merangkak .
die lembik . tubuh badannya lemah sekali .
seperti orang yang tiada daya .
aku kesian lihat adik aku macam tuu ketika itu ,
aku bawak dia main jauh daripada mereka semua .
aku bawa dia dekat dengan aku .
aku riba dia .
tapi dia tak mahu ,
dia nak berkawan dengan mereka semua .
seyiap kali adik aku mendekatkan diri dengan mereka .
mereka menjauhkan diri .
'adik aku hina ke ?'
adik aku tak tahu apa apa .
tapi aku tak marah mereka yang kata adik aku macam tuu .
aku tak suka marah orang .
tapi aku geram + sedih bila adik aku dipinggirkan macam tuu .
tapi , mesti ada hikmah di sebalik apa yang diciptakan Allah kan ?
mesti ada hikmah punya lha ! aku yakin .
umi selalu kata "Nabil tuu istimewa tau , InshaAllah die tolong kita di akhirat kelak ."
semasa aku darjah 6 .
tahun 2008 , di bulan Ramadhan yang Mulia .
aku berdoa agar adik aku boleh berjalan macam manusia normal .
'ustazah kata , doa di bulan Ramadhan berkat dan dimakbulkan . aku nak cuba .'
aku meminta dengan hatiku yang menangis .
aku malu nak menangis ,
aku takut umi nampak aku menangis semasa berdoa .
aku tak suka orang tanya kenapa aku menangis .
aku tak tahu nak jawab apa .
jadi aku terus meminta kepada Allah Yang Maha Esa .
aku berdoa penuh harapan agar adik aku boleh berjalan macam orang normal .
semoga adik aku disembuhkan .
" . .. . .. amin . amin ya rabbal alamin . "
aku pejamkan mata setelah selesai solat .
tiba - tiba aku dengar adik dengan umi berkata dengan nada yang bembira
"nabil dah boleh jalan . yeah ! "
aku terkesima . seperti mimpi .
'betul ke ?' lalu aku buka mata .
berat sungguh kelopak mata ini semasa melihat adik aku berjalan .
seronoknya hati aku ketika itu tidak dapat digambarkan .
terlalu gembira . Alhamdulillah .
itu lha kali pertama Allah makbulkan doa aku dalam sekelip mata .
aku terus berlari masuk ke dalam bilik ,
lantas melipat kain telekun yang aku pakai lalu aku terududuk dan mengalirkan air mataku .
'Terima Kasih Ya Allah , kau makbulkan doa aku '
* * * *
tahun demi tahun .
adik aku semakin membesar .
ketika die berumur 4 , 5 dan 6 tahun .
die jadi antara kanak kanak istimewa di
Persatuan Kanak Kanak Istimewa , Kajang .
hmm . makin banyak yang dia pelajari walaupon dia sakit .
dulu aku tak pernah faham tentang orang kurang upaya ataupun kanak kanak istimewa .
sekarang , aku faham .
mereka juga manusia biasa .
mereka perlu seperti apa yang kita perlu .
kasih sayang , makanan , tempat tinggal .
mereka perlukan PERHATIAN .
berikan mereka sokongan .
ya ! aku cuma seorang kakak kepada adik yang kurang upaya .
tapi . . aku nak semua orang faham kehidupan mereka .
luahkan lha kasih sayang .
hmm .. ..
adik aku sentiasa mencuba untuk bercakap .
walaupon tutur katanya tidak difahami rami .
hanya kami sekeluarga yang faham .
menulis ? walaupon die tidak reti menulis abjad ABC .
tapi hanya coretan semata semata .
aku dapat melihat die ingin mencuba . cuba jadi macam orang normal .
die reti makan , minum .
cuma dia tak reti menguruskan dirinya .
biar lha . . die bukan seperti anda . normal ?
hmm . seorang bayi sekecil tapak tangan ,
kini membesar . aku dapat saksikan dengan mataku sendiri .
adakah dia punya masa hadapan ?
apa yang akan jadi pada dia kelak ?
aku sering terfikir .
aku sayangkan adik aku .
dulu . .
ketika aku masih bersekolah rendah ,
aku pernah merasa malu punya adik seperti dia .
kalau boleh aku tak ingin adik aku itu datang ke sekolah aku .
kejam bukan ?
dari mana rasa malu itu datang .
sedangkan itu darh daging aku sendiri .
dia lahir dari ibu yang sama .
tapi , sekarang
aku sedar . aku tak perlu rasa malu .
die adalah ANUGERAH ISTIMEWA .
* * * *
walaupon sekali sekala ,
aku suka 'cari pasal' dengan die .
aku suka bila dengar die nanges or ketawa dengan apa yang aku lakukan terhadapnya .
HHE .
aku bukan apa , aku cuma takut . .
aku takkan dengar suara itu lagi .
tangisannya , jeritannya , gelak tawanya , senyumanya .
segala tentang NABIL .
aku rindu .
alaa . LELAKI . kadang kadang . ..
KEDEGILAN dia datang ,
aku NAIK MINYAK .
hha . kejam kan ?
MARAH sebab SAYANG .
takkan lha aku BENCIKAN adik aku .
tak suka memBENCI .
takmoe takmoe . tak elop tau tak .
nanti HATI kita jadi keras lebih dari batu .
* * * * *
sekarang nyh tahun 2011 ,
adik aku dah darjah 2 , 8 tahun sudah .
dah besar kan ?
Alhamdulillah ,
dia faham apa yang kami kata .
dia dah maju , pandai gunakan komputer tau .
selalu die tengok je kami guna .
tapi sekarang .
bukak mozilla firefox pon die reti .
cuma tak reti nak menaip je .
nak tahu apa yang die suka ?
die suka MAKAN , especially makan nasi . bertambah tambah .
benda yang boleh die buat terlalu OBSES .
semestinya KERETA MAINAN .
pantang bawa ke kedai , nampak aje kereta mainan .
kompem suruh beli .
lagi satu , AISKRIM dan AIR SOYA SEJUK , VITAGEN .
haa ! itu memang favoyrite die lha .
pantang dilihat benda nyh semua ,
tangan terus memanjang nak ambil . HHA .
itu lha adik aku , NABIL .
sebenarnya , dapat ilham nak menulis tentang dia nyh ,
selepas aku geletek die . HHA .
die ketawa dan cari gaduh dengan aku .
tuu yang aku suka .
GADUH ngan adik tersayang . hee =)
jangan main main , walaupon dia kanak kanak istimewa .
tapi die pandai karate tau .
bab pukul orang nyh power .
DANCING pon die reti .
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
kesimpulannya di sini ,
HHE . kita jangan sesekali hina orang yo ?
setiap insan itu ada kelebihannya tersendiri walaupon die tak senormal kita .
dia juga MANUSIA .
bukan lha HAIWAN untuk dihina .
malah die lebih mulia daripada kita .
HHE . sayaang Nabil ~














Comments
ingat muka ganas macam nyh xbole nanges ke . adess .