Gila Melaka
Assalamualaikum :)
okayy kali ni nak kongsi cerita tentang 4 ketul manusia gilaa Melaka .
haha why gilaaa ?
entah ahh agaknyaa lama sangat duduk terperap dekat rumah since cuti sem .
lama pula kaki ni tak bawa berjalan luar daripada Selangor .
so , rasa dapat bercuti dengan lagi 3 ketul ngokk ngekk ni seronok angatt ahh .
actually ,
syida bukanlah rapat sangat dengan mereka tapi rapat dan kenal ahh juga .
I am trying to get along with them .
first time babe lepak dengan budak kelas haha kau rasa ?
gempak en ? syida sedang meluaskan wilayah dan kuasa .
since lepak dengan mereka lah rasa macam makin ngam ngam .
ngam muah cikeddd ahh haha .
first of all ,
terima kasih kepada pemilik kapal terbang Irfan Mishaiii ,
dahlah dia bayar minyak tol , makan breakfast roti gardenia 80 sen haha .
sekali pakej dinner KFC kau jahh .
jadi , sesiapa yang rasa nak bercuti lepas ni boleh PM abang mishaii ni eh :)
and thank you for our pilot Fahmi,
dia memandu kapal terbang dengan baiknyaaa lahaiii .
boleh juga menghubungi budak nii kalau perlukan driver eh :)
dan paling penting teman sepanjang ke Melaka ,
dialah Hafiy yang menjadi teman sejantinaa bersuka berjimba di sanaa .
kalau takde hafiy ni tak berjalan syida ke Melakaa ,
haha terima kasih ahh sebab kau pun nak ke Melaka jugaa .
kita layannn ..
* * *
well , destinasi pertama kami adalah Klebang haha .
punya semangat si mishaaii tu nak ke sanaa ,
baru je parking kereta , dia orang pertama buka pintu kereta sebab tak menyaboo .
memang sebelum pergi , dia teringin sangat nak ke sanaa .
hahaa layan je si mishaiii ni .
kami sampai sana je dah tengahari kott ,
panas jugaa ahh, tapi layan je bergamboo .
takde orang lagipun kat situu .
yalah siapa je yang gila nak pergi pantai tengahari butaaa .
hahaha hanya kami je sado pergi pantai tengahari panas terik gurun semua layan .
after dah gilaa panas layan bergamboo ,
kami seterusnyaa cari kedai singgah minum sejukkan tekak .
jumpa pula cocount shake kat situu .
memang sedap ahh :)
kasi basah tekak sejukkan badan dan kemudian ke next destination babeh !
okay next destination pun kami ke pantai apa entah ,
aku tak menghafal pulaaa apa nama diaa ,
Tanjung Bidara kott tak silap .
dan seterusnyaa juga ke pantai yang bernama Pengkalan Balak ,
memang sukaaa menjejakkan kaki ke pantai nii hahaha .
layankan ajaee ke mana mereka bawa .
janji kau suka aku suka kita sukaaa gila belakaa .
haha macam orang gila tak sedar matahari tengah tegak ,
sanggup berpanas sebab nak bersuka ria punya pasal .
seriously , releas tension kott datang sinii .
syida sampai lupaa syida dari manaa ,
kalau boleh duduk pantai nii , syida menetap selamanyaa kot jadi tarzan haha .
kehidupan alam memang tak dapat lari dari naluri hati syida .
bukti 4 ketul manusiaa datang bertandang ke Melaka :)
haha sampai basah kasut si fahmi semata-mata nak ambil gambo nii .
terima kasih ahh .
* * *
after habis pusing pantai ,
kami patah balik ke bandar untuk cari Masjid Selat yang mereka nak sangat terjah tuu .
dan seterusnyaa depa menunaikan solat fardhu ..
and after that ,
kami isi kekosongan perut yang macam gilaa amat sangat lapar ,
dah pelbagai lagu remix hip hop disco jazz dimainkan .
kami pun serang satu restoran apa entah namanyaa tu ,
memang kami ambil makanan duduk diam tak bercakap apaaa ..
lepas makan apa lagi pusing-pusing ahh dekat dengan dataran pahlawan tuu ,
habis sana sini kami pijak panjat nak ambil gamboo .
dah habis pusing sekitar nii ,
ingatkan nak balik lah dah kan ..
sekali si abang mishaii ni nampak Menara Taming Sari ,
dia boleh perasan dan berlari gilaaa macam marathon ke sanaa .
siap buat pertandingan , siapa lambat sampai ke Menara , dia kena belanja tiket naik ..
biasalah umur 20 an nii otak mereng sikitt haha .
kita yang umur 19 an ni layankan ajeee abang sorang nii ..
gilaaa kau tak syokk naik atas nii ,
excited gilaaa bapak hang ..
kami sampai situ , terus beli tiket dan naik terus haha .
nak cakap bahagianyaa duduk atas tuu,
tak payah turun pun takpeee .
haha kamilah paling bising rasanya dalam Menara Taming Sari nii .
tahu tak macam perangai budak tadika dapat keluar daripada sekolah ,
macam tu lah gayanyaa kami dalam nii haha .
seronok diaa bukan main nak cerita pun susah ,
lagi susah daripada makan kuaciii haha .
after dah gilaaa atas tuuu , tiba masanyaa untuk turun ..
bila dah turun sumpah rasa gegooo badan ni haaa ,
lutut bergetar haha agaknyaa gayat dari atas kott .
so , sebelum balik ..
eloklah sangat merakamkan kegilaan kaki kami telah sampai ke sinii .
![]() |
manusiaa paling excited berlari nak naik adalah mishaii . |
terima kasih fahmi photographer sebab ambil gambo kami comel gilaaa ni .
apabilaa sudah habis masanyaa bersuka riaaa ,
tak sedar hari dah petang yang amat ,
singgah ke masjid untuk solat asar dan segarkan diri wangikan badan haha .
seharian berjalan , panas gilaaa kott .
dan tamatlah perjalanan kami ke Melakaaaa .
pulanglah kami ke tempat asal selepas ituu ,
bila dah sampai bangii tu ,
abang mishaii belanjaa kepcii :)
terbaikk ahh terisi juga kelaparankuu .
* * *
The End
* * *
Thank you guys for everything .
enjoy jugaa lepak dengan korangg :)
terima kasih luangkan masa tenaga bersamaa menggila bebaskan kaki berjalan .
hope we can go anywhere for another trip hehe :D
minta maaf salah silap sepanjang perjalanan dari Bangi ke Melaka dan kembali ke Bangi .
terima kasih dan halalkan duit yang korang laburkan kalau aku tergunaa cikedd hehe .
Have a nice day guys .
Comments