Tadom Hills
Assalamualaikum guys!
lama dah kan tak menaip since I busy sangat dengan study haha .
okay straight to the point je syida nak cerita pasal pengalaman bercuti kat Tadom Hills .
bercuti dengan geng jimbo I laaaa .
siapa lagi yang gila berjalan macam depaa nii .
kitaorang acah je nak berkumpul pukul 8 haha, sekali kau bergeak 8.30 pagi jugakk .
so before gerak, kami ada prepared some food untuk picnic kat tadom tuu.
banyak jugaklah kami bawak makanan,
almaklumlah berjuta orang yang gerak ke Tadom Hills tu haha .
kitaorang prepared spaghetti, sandwich, maggi goreng jajan air semua ah .
* * *
sampai sana dalam pukul 9.30 pagi terlampau awal gilaa kott Tadom Hills pun tak bukak lagi .
punyalah kami semangat nak mandi manda kat Tadom tuu tersampai awal pulak .
so dah sampai awal sangat takde kerja, kami semua berselfie ahh .
dalam pukul 9.45 kami beratur depan pintu Tadom Hills tu untuk masuk .
kami the first group tau beratur nak masuk,
lepas isi semua borang untuk masuk situ,
kami semua pergi bayar dan cari tempat nak picnic .
bila masuk tu semua excited kata kauu haha semangat semuanya tak sabar .
tempat picnic diaaa baekk ah boleh tahan .
tak panas pun redup redup jeee .
sampai je bentang tikar susun makanan then semua pergi tukar baju .
after that depaa semua makan dulu, lapar kataa kau .
lepas dah seronok makan jajan telan sepinggan makanan secawan air ,
kami pun semua serbu laa tasik tu dengan memakai life jacket .
terjun dalam air sampai lupa betapa pentingnya darat tuu haha .
main lah naik rakit terbalikkan rakit laa, terjun dari pokok laa, bergayut laa .
macam-macam kau depa nii buat haha .
ada yang tak reti berenang macam aku ni haa,
ada yang terlebih expert dalam berenang .
ada yang muka hodoh masa terjun dari pokok tuu haha .
masa tu syida tengok semua mukaa bahagia .
masa tu jugaklah kau dapat tengok perangai depa dalam air .
masa tu jugaklah dapat tengok member syida tolong sesama sendiri .
masa tu lah tengok otak dieorang terbang melayang .
hahaha macam-macam perangai bila dah seronok sangat .
seriously syida cakap pergi sana memang best sangat !
tak tahu laa nak cakap apa, tempat dia memang menarik semuanya berasaskan buluh .
daebakkk wehh !
korang patut cuba semua benda kat Tadom Hills tu,
buaian atas air dia tu best, tarzan punya tu pun best gak .
haihh senang cerita semua benda kat situ best .
lepas dah penat mandi manda semua berhenti sambung makan balikk haha
akhirnya setelah sekian lamaa kaki tak jejak ke darat,
kami pun naik lahh pijak di bumi yang nyata demi mengalas perut yang kosong .
kelaparan semuanyaaa .
tak sedar masa berlalu,
naik untuk makan tu dah pukul 1.30 macam tuu laa .
nak cakap lama gilaaa kami mandi tuu berapa jam tah duduk dalam air .
lepas makan semuanya, ada yang bersiap siap nak balik,
ada yang sambung mandi for the last time before we get home .
ada yang pergi kemas bekas makanaan semuanya laa siap siap .
* * *
lepas semua dah bersiap,
kami semua solat zohor kat surau Tadom tuu .
rehat rehat jap setelah kepenatan,
while the others ada yang dah masuk kereta,
then kami yang kat surau nii, pergi kemas barang lepas solat tu,
sempat pulak lepas kemas kami berselfie jap .
last time ah sebelum balik kott lepas ni tak dapat jejakkan kaki kat Tadom Hills tuu .
* * *
selepas dah berseronok gilaa kat tadom,
depa ni tak puas lagi berjalan,
so, kami pun bergerak lah ke IOI Putrajaya untuk tengok wayang pulakkk .
solat asar kat situ terus laaa lepas tu baru tengok wayang .
haha cerita kartun tauu budak laki nii pilih "The Good Dinasour"
lepas dah habis tengok wayang berseronok ketawa semuanyaa,
then kami semua kelaparan and kami decide solat maghrib dulu dekat IOI ,
lepas tu kami semua gerak pergi makan dekat Serdang .
lupa lah nama kedai tuu tak silap Steak House .
* * *
lepas dah seharian menggila berjalan sana sini,
dah tiba masanya ingatkan diri untuk balik kolej .
sambung lah journey jadi student pulak .
guys, thank you sebab ajar aku berenang masa kat Tadom .
terima kasih ahh banyak menyelamatkan aku dari lemas walaupun pakai life jacket .
terima kasih ajar aku hadapi ketakutan dengan air dalam .
seronok dapat berjimbaa dengan korang :)
Comments