Bila Rindu

Rindu,

rindu tu satu perkara yang subjektif,
sesuatu yang kita dapat rasa tapi kita tak dapat nak melihat dan pegang ia.

kadang rindu tu buat kita tersenyum,
kadang rindu buat kita rasa sebak dan menangis,
kadan rindu itu buat kita rasa benci,
kadang rindu mengubah diri kita.

bila ada rasa rindu, 
kadang kita malu nak cakap, kita pendam tapi dalam diam kita perhatikan dia,

ada rasa rindu yang kita mampu nak ungkapkan,
kadang kita terus bertindak sebab tak tahan rindu,

senang cerita manusia ada pelbagai cara untuk dia jaga dan luahkan perasaan dia,
semua manusia sama pada fizikal dia tapi berbeza pada dalamannya,

* * *

aku rindu dengan suasana, aku rindu dengan orangnya,
orangnya yang selalu menghiburkan aku,
orangnya yang selalu mengukir senyuman untukku,
orangnya yang selalu sediakan pelukan bila aku menangis.
orangnya yang selalu sudi untuk teman kemana sahaja yang aku mahu pergi. 
orangnya yang selalu emmberi nasihat dan semangat bila aku perlu.

yaa masa kita bersama, 
kita selalu bertekak, ada je benda yang kita nak tegakkan,
ada perkara yang kita buat mesti tak kena,
kita gaduh sampai menangis, sampai ada rasa benci dan marah,
ada sampai tu kalau boleh taknak langsung tengok muka haha.
ada yang kita rasa diri kita je yang betul, orang lain salah.

well, manusia bila dah kehilangan baru tahu apa itu rasa menghargai,
baru kenal apa itu rindu.

bila dah jauh, baru tahu yang mereka ni lah yang selalu bersama dalam apa jua keadaan,
even nak bergaduh pun, kalau takde mereka tak menariklah scene gaduh haha.

salah diri sendiri sebab tak tahu yang mereka sangat sayangkan aku.
salah sendiri sebab selalu salahkan mereka untuk sesuatu sebab tanpa melihat diri sendiri,
maafkan aku sebab tak tahu nak menghargai bila bersama.
bila dah berpisah, aku rindu hari-hari aku bersama mereka.

honestly, I miss them very much.
they come and create every moment in my life.
rindu wajah dan senyuman mereka, rindu air mata mereka,
rindu pelukan mereka, rindu lawak sakan mereka.
rindu sentuhan mereka, rindu setiap detik bersama.

jujur, di saat aku menaip nii, air mata aku mengalir tersenyum mengenangkan mereka.

hanya tuhan dan hati yang tahu betapa rindunya aku terhadap mereka,
tak mampu untuk aku luahkan semuanya pada mereka kerana hati malu berkata,
kerana lida kelu membisu, kerana hati menahan sebak.

mungkin hari-hari yang akan datang tidak akan sama seperti hari semalam
tapi hari semalam lah yang membina hari-hari akan datang.
hari semalam lah yang membantu kita untuk menghadapi segala apa jua yang mendatang.
terima kasih kawan semua.

kekalkan semangat korang tau,
jaga diri korang, jaga kesihatan yaa sayang semua,
jaga maruah, pelihara maruah.

bila rasa sedih, ingat jangan lupa berdoa,
jangan lupa solat tau! tenangkan hati tu.

SAYANG, MAAFKAN SYAHIDA :)

Comments

Popular Posts