dilema hati ~
entah apa yang difikirkan ,
hatiku semakin resah memikirkan sesuatu yang entah apa yang ada dalam diri ,
entah dari mana ia datang . perit sungguh .
aku sentiasa gelisah .
ujian demi ujian yang hadir menghampiri aku .
tak mampu aku berlari daripada masalah ,
kerna ia berpunca daripada diri aku sendiri .
semakin hari semakin aku mencari apa erti kehidupan sebenar .
aku semakin jauh , semakin alpa dengan dunia .
entah lha . terkadang ku rasakan diriku ini perlu keseorangan ,
aku semakin hampir dengan kebenaran ,
namun tak pasti apakah itu kebenarannya ?
sentiasa sahaja aku diberi pilihan , namun aku keliru .
pusing kepala memikirkan sesuatu ,
sedangkan aku tak tahu apakah ia .
resah itu mungkin datang akibat dosaku sendiri ,
Ya Allah bantu lha HambaMu ini .
pimpin lha aku ,
kembalikan lha aku dalam keadaan fitrah kembali .
sungguh , aku amat mendambakan CintaMu .
lembutkan lha hatiku .
biarkan aku menangis keranaMu .
biarkan aku gembira keranaMu .
Ya Allah lindungi lha hambaMu ini .
peliharalah aku .
dekatkan lha aku denganMu Ya Allah <3
hilangkan resah dihati ini ,
dengan rahmatMu ampunkan daku , Oh Tuhanku .
dosaku ini lebih besar jika dibandingkan seluas lautan .
aku sedar . aku lebih hina daripada binatang yang engkau ciptakan .
sungguh , dosaku lebih banyak daripada pahala .
mampukah aku ke syurgaMu ?
jauhkah aku dari nerakaMu ?
ampunkan HambaMu ini ~
Comments