khayalan sewaktu kecil .
tahu tak ,
masa syida kecik kecik dulu kan ..
syida selalu berangan nak jadi dewasa ,
syida bayangkan hidup syida macam PUTERI KAYANGAN .
ada PUTERA RAJA yang tampan .
syida ada gaun sendiri warna biru , hijau , putih , coklat keemasan.
pergi mana mana pon dengan gaun ,
bersiar siar pon dengan gaun comel dan pegang sekuntum bunga .
berlari kesana kemari .
menghayati keindahan bersama PUTERA RAJA khayalan tuu . hha .
syida bayang syida ada istana sendiri ..
ada BODYGUARD . hhe .
lepas tuu , istana syida tuu berada di taman yang hijau permai .
indah , harum mewangi bagaikan di syurga .
bunga bunga berkembang tanpa layu .
burung burung turut menyanyi dengan kedamaian yang tercipta .
waktu malam , hanya sinaran bulan sahaja yang bercahaya menerangi alam .
bintang bintang bertebaran menghiasa malam yang hening .
tapi itu dulu , waktu tuu syida kecil lagi .
imaginasi terlalu tinggi .
bila syida dah meningkat remaja ,
baru syida tahu . . mana ada syurga kat dunia nyh kan ?
hidup bagai di kayangan . hmm .
ada ke ?
tapi tahu tak ,
mana tahu mungkin angan angan syida waktu kecil tuu ,
mungkin untuk syurga di akhirat nanti .?
HHE . syida berangan .
layak ke syida masuk syurga Dia?
tak diketahui .
sebab segalanya terletak pada Tuhan Yang Menciptakan kami hambaNya .
kita kena teruskan usaha untuk masuk syurga tuu kan ?
"DUNIA INI BAGAI PENJARA BUAT MUSLIM .
TAPI SYURGA BUAT KAFIR "
renung renungkan lah dan selamat beramal . .
kepahitan dugaan di dunia untuk kemanisan syurga di akhirat kelak .
simple kan post syida hari nyh ? hho .
harap ada renungan sikit untuk awak ~
Comments