Abi

Assalamualaikum .

syida cuma nak berkongsi cerita mengenai keluarga syida :)

haha bukan apa sangat pun .
cuma dalam dua tiga hari ni abi dah kerap sangat tekankan tadarus lepas maghrib .
abi akan cek semua bacaan kami adik beradik dengan umi .


ingat lagi abi pesan ,
"masa ni lah nak belajar , nanti dah tua malu nak cari ustaz sebab nak belajar"
"nanti dah kawen jadi mak kena ajar anak mengaji , kalau salah macam mana nak betulkan anak"

haha banyak ahh abi membebel masa tadarus tuu ,
seronok gila rasa dapat mengaji al-quran bersama keluarga .
masa tuu lah nak betulkan tajwid masing-masing .
sambil tuu kita belajar lah sekali dari kesilapan tajwid yang kita buat .

syida bukan apa , 
syida menaip ni untuk beri cadangan je kat korang yang bekeluarga di sana .
 boleh amalkan selalu lepas maghrib tadarus dengan keluarga .

lagilah kalau ketua keluarga iaitu ayah .
ayah ni kena standard lebih sikit dalam agama ni .
kena pandai agama dan dari apa jua ilmu untuk membentuk langkah keluarga .
kalau ketua keluarga salah , maka salahlah seisinyaa .

***

sepanjang bertadarus dengan abi ,
syida teringatlah masa zaman kecil syida yang selalu kena marah dengan abi kalau salah tajwid .
panjang pendek abi jaga baik punyaa .

haha syida masih ingat lagi di mana syida dan adik mesti menangis kalau mengaji dengan abi .
kadang-kadang lari masuk bilik sebab takut sangat .
lepas maghrib tuu memang jantung dup dap lajutengok muka abi .

sepanjang mengaji alquran dengan abi ,
wajah abi yang garang tuu pun dah cukup buat kami tahu kesalahan kami .
rotan get ready kat sebelah abi tau . kalau salah dushhh kat tangan satu .

sungguh merindui zaman kecil walaupun sering dimarahi .
tapi kalau abi tak setegas tuu dulu , mana mungkin kami pandai mengaji sekarang kan .
bersyukur dikurniakan seorang ayah yang sangat strict dalam tajwid bacaan .
alhamdulillah ya Allah :)

Terima kasih abi mendidik kami :)

 ***
okay lah sampai sini saja .
semoga korang yang baca cerita syida ni terutama lelaki ,
semoga kalian juga dapat mendidik keluarga yang baik .
semoga kalian bersemangat untuk mendalami apa jua ilmu terutama agama ,
sebab kalian lah yang bertanggungjawab membentuk mereka . kalian pemimpin :)

see yaaa XD

Comments

Popular Posts