Syukur

Alhamdulillah ,
syukur kerana masih diberi nafas untuk bernyawa hari ni .

Alhamdulillah ,
masih sempurna akal untuk berfikir .

Alhamdulillah ,
masih dikurniakan ramai manusia di sekelilingku untuk berkasih sayang .

Alhamdulillah ,
masih ada anggota badan yang berfungsi untuk melakukan kerja .

Alhamdulillah,
masih ada lagi makanan untuk dimakan di atas dunia ni .
 
Alhamdulillah ,
masih ada lagi tempat tinggal untuk berteduh dari cuaca panas dan hujan .
 
Alhamdulillah ,
masih ada umi abi yang mendidik dan menjagaku sehingga hari ni .

Alhamdulillah ,
atas segala nikmat yang Kau kurniakan kepadaku .

 
ampunkan dosaku ya Allah ,
aku seorang hamba yang selalu leka dan alpa dengan dunia .
mungkin terlampau besar dosaku kepadaMu sehingga sebegini alpa aku .
sehingga sebegini keras dan sombong aku kepadaMu .
 
maaf maaf maaf maafkan ku ya Allah .
nikmatMu terlalu luas dan besar sehingga aku lupa yang aku ini hanya hamba .
hamba yang patut bersyukur dan berterima kasih kepada kuasa Yang Maha Esa .

aku sering pandang ke bawah dan menganggap aku lagi hebat ,
aku lupa untuk mendongak ke atas dan melihat kuasa Engkau .
aku sedar yang aku sebenarnya kerdil .

Syukur syukur kerana Kau beri peluang kepadaku untuk bertaubat :)
terima kasih Ya Allah .
 

Alhamdulillah .

Comments

Popular Posts