Saya Fasilitator

Assalamualaikum :)

hari ni syida cuma nak kongsi pengalaman .

selama 3 hari syida pergi satu kem tamrin untuk budak SRI Abim tau .
dari 10/4 hinggalah 12/4 baru-baru ni .
serious rasanya jadi fasi sangatlah memenatkan .

pengalaman yang syida dapat ni, syida nak kongsikan .
jadi seorang fasi ni bukan bermakna kita lah kepala segalanya tau ,

kita perlu dengar anak-anak buah kita punya pendapat .
jangan sesekali menolak dan jangan sesekali menerima dengan mudah .
jangan sesekali lukakan hati mereka .
apa yang penting kita kena faham modul apa yang telah diberi jurulatih dan sampaikan mesej tu sebaik mungkin supaya peserta bawahan kita faham .

bukan mudah untuk menjadi fasi .

sebab tu lah selama 3 hari ni syida cuba belajar menjadi fasi ,
belajar menyampaikan mesej dengan cara yang riang ,
belajar bagi budak jadi bertenaga semula dengan aktiviti yang ada ,
belajar jadi bijak supaya budak tak bosan mendengar apa yang kita sampaikan .
kita juga kena bijak berkata-kata dalam menjaga hati budak kecil comel ni .
kena pandai attract dieorang untuk bergembira .

walaupun masih dalam kekurangan tapi pengalaman itu mendidik.
kita tak boleh nak cari pengalamantu , tapi kita perlu membina pengalaman tu .

senang cerita banyak bendalah yang syida belajar sepanjang tiga hari .

benda penting adalah kita kena berani dan bijak je :)
Niat tuu pun penting , jangan setting niat selain kerana Allah .

kalau sepenuhnya bergantung pada Allah ,
inshaAllah Allah permudahkan segalanya buat kita .

dan Alhamdulillah syida dapat peserta yang semua mudah dengar cakap ,
tak banyak melawan , dan sentiasa nak buat apa yang disuruh .
syida rasa seronok gilaa dapat berkepit dengan adik-adik comel .
serious rasa rindu kepada mereka .

dekat kem ni bukan sahaja syida kena sampaikan mesej tu ,
malah syida dapat belajar jugaa sekali .
yalah orang kata bila kita mengajar sebenarnya kita belajar jugaa .
banyak jugalah yang syida dapat belajar . membina hati ni balik rasanya .

setiap peringkat ilmu bezanya cuma dari segi ilmu apa yang dia dapat kan .
budak budak ni pun sebenarnya ada ilmu yang mereka kongsikan dekat syida ,
dan syida pun tak pernah dengar ilmu tuu .
serious memberi manfaat dan menginsafkan rasanyaaa .

nak katanya masyaAllah hebatnya budak-budak ni :)
selain syida yang membebel kongsikan ilmu , diaorang pun banyak cakap nak kongsikan juga .
alhamdulillah sangat saling berkongsi walaupun umur berbeza .

* * *
bukan tu sahaja tau ,
selain syida belajar menjadi fasi ni .
syida dapat melihat kebesaran Allah jadikan dekat dunia .

nak cakapnya tempat dia nyaman gilaaa .
syida rasa seronok pula duduk situ .
dahlah tenang dengan suasana hutan yang aumm hebatnya .
sejuk pula tuu , 
mandi pun air kolah tauu dan air tu adalah daripada air sungai .
dekat kawasan ni mereka menggunakan air sungai sebagai kegunaan harian .
so , memang rasa segar terus kalau terkena panahan air sungai yang sejuk di pagi hari .
suasana hijau yang jarang kita lihat dekat bandar ni pun masih kekal kat sini .
bunyi air sungai yang mengair deras ,
bunyi cengkerik dan katak di malam hari .
bunyi burung berkicauan di pagi hari .

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar .
nak cerita tu memang hebat lah ciptaanNya .

sepanjang berada di situlah buat kita kenal siapa kita sebenarnya :)

* * *
okay tu sahaja syida nak kongsi :)
syida nak kongsi gambar sepanjang dekat sana jugaa .

masa ni mereka tengah solat asar berjemaah :)

 mandi sungai adik-adik ni .

 jungle tracking :)

sunnah makan dalam dulang 

 riadhah di petang hari 


puas dah tengok gambar budak budak ni ,
kali ni kita tengok fasi punya gambar pulaaa :)

fasi terbaikk ohsemm .


setelah selamat tiba semula dan pulang daripada kem :)
kami lah fasilitator gempakk .

* * *
sekarang nak tunjukkan siapa pula lah kan anak-anak buah syida yang comel tu .
yang selalu mendengar cakap nii .
mereka semua pelajar darjah 5 terbaikkk gua sayang depa .

sekian sahaja berita daripada syahida suhaimi  :)
semoga pengalaman yang syida ada ni boleh diperbaiki lagi . inshaAllah .

Comments

Popular Posts