Sihat Sakit

Assalamualaikum semuaa :)

dalam keadaan perut masih kelaparan ,
tanpa diisi walaupun sedikit makanan ,
ku tetap setia menghadap laptop demi menaip sebuah post buat kalian .

haha yaaa i know its hambar right ?

whatever lah blog kitaaaa . awak kena layan juga :P
okay stop mengarut pelik pelik ni .

erm hari ni syida nak berkongsi sebuah cerita or pengalaman or motivasi or apa je lah yang syida tak tahu nak skop kan macam mana .
korang baca je lah yaaaaaaaaaa :)

* * *
SIHAT .
satu perkataan tapi sangat diingini semua manusia .
yalah manusia mana nak sakit kan ?
semua nak sihat .

sebab bila sihat banyak benda kita boleh buat .
lagilah syida yang sedang alami dunia remaja ni .
 rasa semua benda dekat dunia ni syida boleh buat ahh because i am teenagers babe .
i am stronger than the old man .
i am still young and i can do anything i want .

yaaaa ayat klishee je semua tu .
syida pun menyampah baca ayat sendiri haha .

yalah bila kita sihat , 
kita boleh yang melakukan apa Allah suruh dengan baik , 
kita boleh lepak dengan kawan-kawan , boleh jalan sana sini situ atas bawah , 
boleh bermain apa sahaja selagi kuat dan sihat , boleh melompat macam katak ,
boleh tidur dengan lena , boleh hadap dunia dengan akal dan tubuh badan yang sihat ,
and so on ~

yaa everything we can do babe .

TAPI ..

kita kena ingat juga sihat ni cuma sementara je ,
bila Allah nak tarik kesihatan yang Allah bagi tu ,
 anytime everywhere He can do it .

dan masa tuu baru kita tahu betapa pentingnya SIHAT ituu kan ?

yalah kadang sikap manusia ,
tidak pernah bersyukur apa yang dia dapat setiap masaa .
ungkapan Alhamdulillah tu jarang sekali diucap bibir .

setiap apa yang Allah beri itu adalah ujian buat hambaNya .
Allah nak melihat apakah kita bersyukur di waktu sihat ,
dan apakah kita beryukur walaupun kita ditimpa sakit .


masa sakit ,
kita mesti terfikir atau rasa menyesal kenapalah masa sihat tak digunakan sebaiknya kan ?

* * *
since hari pertama syida dapat berita yang syida ada ketumbuhan dekat kepala ,
syida jadi speechless .

yaaa of course terkejut bila seorang doktor berkata sebegitu .

bahawasanya , kalau operate maybe just 50/50 and syida boleh lumpuh .
syida tak akan jadi normal macam manusia lain .

dan masa tu doktor suruh balik dan fikir .
haha gilaaa ke doktor suruh syida fikir ?
unlogical .

masa tu fikir nak menangis je kauu jahh .
tapi cover sado ahh depan doktor dengan umi kan masa tu .

sampai je rumah ,
syida jadi macam manusia lemah takde matlamat .
rasa macam dah nak mati esok .
sumpah menangis kot dalam bilik teringat doktor tu dan kata-katanya .

hampir berapa hari juga syida jadi tak semangat nak hidup .

but one day ,
syida fikir balik sampai bilaaa nak terus jadi macam ni kan .

syida patut bersyukur Allah masih bagi syida life walaupun sakit .
mungkin sakit yang Allah bagi ni cuma nak bagi syida peringatan bahawa kesihatan tu tak lama .

syida masih ada orang yang syida sayang .
siapa nak jaga mereka kalau syida tak kuat
dan syida pun taknak menyusahkan orang dengan sakit yang dialami syida ni .
Alhamdulillah syida masih hidup di tahun ini hari ini jam ini saat ini :)

and i think i want to be happy as long as i still alive .
i just want to be a person who are loved by people .
i just want to be as who i am .

and since that day ,
syida jadi lebih bersemangat untuk hidup walaupun sakit .
bila sakit tuu datang tu , i just pretend like i am not sick .

tahan jee lah sakit tuu , syida cuba psiko diri sendiri supaya kuat .
siapa lagi nak motivate kan diri ini kalau bukan diri sendiri kan ?

syida pun nak berjaya macam mereka .
syida pun nak jadi aktif semulaa dan pandai macam mereka :)

dan berterima kasih juga kepada yang tersayang sebab banyak support dengan bebelan korang tu .
haha bebelan yang sungguh menyakitkan hati demi menjaga kesihatan syida .
bebel suruh makan ubat lah itu lah ini lah .
serious terima kasih dan terharu .

aku memang tahu korang sayang aku .

dan syida bersyukur syida masih ada kehidupan ,
may Allah ease everything for me :)

* * *

so , korang yang masih rasa tak bersyukur dengan kesihatan yang korang ada .
pleasee lah hargai yaaa .

sebab ramai yang sakit dekat hospital tu teringin nak hidup macam korang .
sihat and can do anything you want .
korang boleh bersama keluargaa lagi dengan riangnya di hari raya .
boleh belajar bersungguh sungguh .
boleh pergi merata korang nak .

bayangkan mereka yang asyik terperap dekat hospital dan tak boleh buat apa .
tak boleh bersama mereka dengan gembiranya macam korang .
mereka tak mampu nak belajar sehebat korang .

so please and please appreciate with your life :)

* * *
dan yang sakit tuu ,
jangan pernah merasakan kehidupan kita dah berakhir macam tu je .
sebab masih ada yang sayangkan kita masih berharap untuk kita kekal sihat .

never stop dreaming .
jangan terus terperap dengan alam sakit tuu .

keluarlah lihat dunia selagi mampu .
cuba menjadi orang yang kuat dan buktikan bahawa yang sakit juga boleh bahagia .
buktikan kita kuat seperti mereka yang sihat .

belajar bersungguh-sungguh selagi mampu .
capai cita-cita sampai dapat dan never give up okay awak ;)

* * *
sekian sahaja yang ingin dikongsikan .

semoga adalah sikit benda yang boleh menjadi inspirasi kalian .
inshaAllah syida cuma berkongsi apa yang terlintas .


Tata .

Comments

Popular Posts