Perak

Assalamualaikum and Hi everyone!

hari ni syida ada nak kongsikan beberapa tempat menarik di Perak yang syida pernah pergi.
syida nii memang suka sangat berjalan atau meneroka negeri di Malaysia nii
walaupun tak dapat nak melawat luar negara, rasa puas hati melawat negara sendiri :)

* * *
okay,syida nak kongsikan tempat yang syida pergi dengan family dan kawan-kawan tau.
 apa yang menarik di Perak yang syida pernah pergi adalah...

Menara Condong (tempat bersejarah)
sebuah menara jam lama yang terletak di Teluk Intan, Perak
dan kalau korang tahu menara ni adalah antara bangunan unik dan lama di Malaysia.
sangatlah unik, bila naik sampai atas tu bolehlah merasa condongnya bangunan tu.
kita boleh tahu dan tengok gambar lama Menara Condong sekitar abad 80 an.

Kellie's Castle
yang terletak di Batu Gajah, Perak
ini pun antara salah satu bangunan bersejarah dan asalnya adalah milik William Kellie Smith
korang bolehlah melawat bangunan nii sebab ciri-ciri pembinaan bangunan ni sangat unik
masa syida pergi tu syida pergi setiap bilik depa dan berangan andai dapat bilik sebesar ni.
dalam bangunan ni pun ada terletak frame mengenai sejarah bangunan ni.

dua kali syida pergi Kellie's Castle nii
syida pergi dengan kawan dan family :)
harga nak masuk castleni RM5 for adult. parking kena bayar RM2 tak silap syida lah

Bandar Agacia
yang terletak di Kampar, Perak
okay yang ni pun salah satu bangunan baru yang dibina juga di Perak
so, kawasan ni sangat sunyi masa syida pergi sebab banyak kedai tak buka lagi
untuk budak-budak yang suka bergambar bolehlah pergi situ
 bangunan dekat sini sangat unik sebab ciri-ciri pembinaan style barat gituu

Gunung Lang
yang ni terletak di Lembah Kinta beberapa km daripada Ipoh Perak
ia merupakan salah satu taman rekreasi di negeri Perak
waktu ni syida pergi dengan kawan-kawan baik syida
masa syida pergi Gunung Lang tu, tempat ni sedang dibaik pulih,
so kami tak dapat nak masuk dan tengok keadaan sekeliling dalam tu

Kinta RiverFront Walk
yang terletak di kawasan Ipoh, Perak
syida pergi waktu malam dan dekat sini sangat seronok kalau datang berkumpulan
korang boleh have fun naik basikal (sewa) gelak sakan dengan member
keluarkan peluh malam-malam memang bestlah haha
dekat sini pun ada warung-warung kalau korang lapar boleh singgah tepi tepi river tu.

basikal dia ada banyak jenis yang korang boleh sewa.
ada yang sewa RM10, RM15, RM 25 (harga bergantung kepada seat basikal tu)
makin banyak seat di basikal tu, semakin mahal lah korang kena bayoo haha.
tapi actually berbaloi sebab kalau datang berkumpulan korang boleh bahagikan sewanya tu
 

Gerbang Malam (Ipoh Nigh Market)
okay tempat nii sesuai untuk orang yang memang kaki shopping,
dekat sini pun memang banyak barang-barang yang menarik untuk dibeli
elok sangatlah korang pergi menjejakkan kaki dekat situ
pasar malam yang boleh kira besar lah dekat Ipoh.
sumber;google image
Istana Iskandariah, Kuala Kangsar
waktu tu syida pergi waktu malam, 
so banyak gila lampu di tepi jalan terpasang dah macam dekat kawasan I-City dah haha
syida berjalan sekitar kawasan istana tuu, malam-malam istana pun tutup hehe
so bila bergerak waktu malam, tiada apa sangat yang syida boleh lawat dengan keadaan yang gelap dan takde tempat yang dibuka melainkan 7Eleven haha adoyyyy


Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar
syida sempat juga singgah depan masjid nii
I am really amazed with the design of this Masjid Ubudiah
dengan warna gold dia, even pergi waktu malam pun still nampak gah je masjid tu.
sumber;google image
Gua Tempurung
okay disebabkan syida ni gila benda-benda lasak macam nii.
so ini adalah tempat yang menariklah bagi syida.
syida pergi masa syida di tingkatan 3 tapi masih ingat lagi bau dan sejuknya gua ni.
banyak gila stage yang kita kena lalui daripada benda senang ke susah,
its really awesome ahhhhh!
sumber;google image
syida takde gambar masa trip dekat Gua Temourung nii sebab zaman belajar dulu tak rajin nak ada camera bagai nii nak ambil gambar semua takde masa haha.
dulu sibuk nak main je dalam gua tuu tak terfikir nak bergambo haha.

* * *

okay itu sahaja setakat ni syida nak berkongsi tempat-tempat menarik di Perak
ini semua setakat yang syida pernah pergi hehe.

so korang yang nak datang Perak tu boleh lah pergi mana korang nak,
yang penting korang have fun!

okaylahhh bubye love you guys :)

Comments

Popular Posts