Trip Terakhir

Assalamualaikum semua!

syida nak cerita tentang kenangan trip dengan Jimbo Bae ke Janda Baik
trip ni adalah untuk trip sem terakhir kitaorang bersama
so bila dah habis final exam kitaorang terus get ready

malam sebelum bertolak, kitaorang siapkan segala barang untuk dimasak dekat sana.
prepare ayam bbq, beras, minyak, ikan bilis, rempah nasi goreng, haha
kitaorang kalau pergi trip memang kaki jimat semuanya
seboleh mungkin makan minum nak bawa sendiri punya haha so jimatlah duit sikit.

oh lupa nak cakap yang kitaorang menginap di Rumahku Holiday, Janda Baik
disebabkan kitaorang sewa 3 rumah yang boleh muatkan 6/8 orang sebilik.
so total untuk penginapan sahaja dalam RM600 lebih untuk semalam dan termasuk deposit 

tempat penginapan kami bersebelahan

* * *
Perjalanan untuk ke sana makan dua jam sahaja.
tapi disebabkan jem dekat KL tu makan masa lebih sedikit daripada yang sepatutnya
so apabila sampai sana, kitaorang memenag terus melompat atas katil dan kemas barang
dengan bahagianya selepas tu kami terus ke ladang buah-buahan dekat situ.
buah manggis, durian, langsat menjadi perhatian kami untuk dikutip dan makan hehe
pergi main sungai kejap, sentuh air sungai yang sejuk tuu  sangatlah menyenangkan hati
kitaorang dapat buah durian :)
with my girls
petangnya tu dalam pukul 5 petang,
kami buat sambutan hari jadi untuk geng-geng yang lahir pada bulan 8,9,10
makanlah kek buatan mereka yang special tuu, sangatlah cantikkk
tak sangka kawan-kawan sanggup tidur lambat pepagi buta bangun semata-mata nak hias kek
thank you awak-awak semua :)

beberapa ketul je yang ada, yang lain tidur sebab kepenatan
dan kemudian kami pergi bermain flying fox yang tak seberapa tapi memang best gila haha
seronok tengok ada yang tersangkut dekat tengah tengah jalan tu 
ada yang terjatuh lubang lah macam-macam hal haha

lepas tu, kami pusing sekitar situ masuk homestay orang lain untuk bergambar hehe
dan seterusnya kami mandi-manda dekat sungai di tempat penginapan kami.
#JimboBaeFamily
Bila maghrib tiba,
kami yang anak dara ni buat persiapan untuk makan malam,
kami masak nasi, bawa keluar segala bahan masakan untuk chef terhebat kami masak
kalau korang nak tahu, dalam geng kami ada seorang yang memang pakar bab memasak ni
itu syoknyaa kalau kita ramai kawan, masing-masing ada bakat tersendiri

selepas kami dah siapkan segala bahan memasak,
budak lelaki siap sedia untuk membakar ayam (kami buat bbq)

Ruangan dapur di tepi pondok sangat luas
sementara yang lain sedang membakar ayam,
yang lain pula sibuk tengok video dan gambar yang dirakam petang tadi tuu
dan separuh sibuk main game, berakustik bersama menyanyi walaupun suara kelaut

dalam pukul 9 lebih kitaorang makanlah apa yang dimasak
malam tu kami makan nasi putih, sardin dan ayam bbq serta air oren sejuk :)
walaupun makan benda yang simple tapi bila ramai-ramai makan rasa kenyang gila
hehe sangat seronok makan dengan kawan-kawan tau.

lepas dah makan tu, 
kitaorang buat aktiviti main tukar-tukar hadiah dan main game 
the best thing is kitaorang main game sampai tak sedar dah pukul 3 pagi macam tu haha
seronok sangat luahkan perasaan, berborak, gelak sakan adoyyy 

bila memasing dah penat dan mengantuk, 
kami masuklah tidur dan rehatkan diri

* * *
 bila tiba hari baru kami disini,
seronoknya bila bangun pagi, boleh rasa dinginnya bayu pagi, 
tengok sekeliling hutan sejuk je mata memandang
sangat merehatkan otak bila datang sini tau

pada paginya kami memasak nasi goreng dua jenis untuk breakfast,
macam biasalah chef dan buah hatinya yang memasak bersama dan syida goyang kaki je haha
sementara yang lain tidur lagi kitaorang prepare apa yang patut dan jalan-jalan kutip buah
chef dan assistant chef
dalam pukul 9 pagi macam tu,
kitaorang semua makan breakfast yang telah disediakan oleh chef kami :)
breakfast kami pagi tu adalah nasi goreng dua jenis, teh dan kopi susu
sangat simple tapi memuaskan dan mengenyangkan

selepas makan, untuk habiskan saki baki beberapa jam kami disini,
kami sibukkan diri pergi mengutip buah dekat situ untuk dimakan
dah puas kutip buah, kitaorang sibuk pergi mandi sungai pula
sangatlah macam kanak-kanak ribena bila bersuka ria
seronok sangat dapat durian :)
dalam pukul 12 lebih kitaorang bersiap-siap untuk balik ke rumah memasing,
selepas zohor macam tu kitaorang bergerak untuk pulang
sebelum sampai ke tempat asal kami, kami sempat singgah dekat kedai nasi kukus
untuk makan tengahari sebab masing-masing dah kebulur lapar sungguh.

* * *
oh lupa nak cakap, dekat sini semua barang-barang seperti kuali, senduk, cawan, pinggan, tempat bakar bbq, pisau dan sebagainya semua disediakan oleh pihak homestay 
so memang berbaloi korang bayar untuk rumah tapi dapat lengkap semua barang memasak.
sangat complete and service pihak homestay memang terbaik lahhhh :)

korang boleh cuba buka FB Page (Klik link >>> Rumahku Janda Baik)
dekat situ korang boleh tengok segala maklumat termasuk contact no dia okay ;)
orang yang syida hubungi pun memang sangat baik dan peramah je.
mudah nak berurusan dengan pihak depa ni.

* * *
Jaga diri guys! bubyeee ;)

Comments

Popular Posts