Jimbo's Holiday

Assalamualaikum .

okay , sementara syida dalam sem break lagi ni .
syida pergi bercuti dengan geng jimbo ahh .

kami semua gerak ke port dickson XD
sakan gila bercuti kami ni haa .

 ***
day one XD

before gerak , macam biasa ahh rumah syida jadi port budak jimbo ni .
alep dengan afiq ambil syida saba dan fida ,
then kami terus gerak ke kawasan rehat seremban untuk jumpa budak jimbo lain kat sana .

on the way nak ke kawasan rehat seremban tuu ,
afiq bawa macam gilaa .
biasalah kalau otak dah sengal , sengal selamanya . 
sampai mabuk syida dibuatnya .

sepanjang dalam kereta alep , 
memekak adalah satu situasi yang sedang berlaku .
menyanyi lah buat lawak lah menyakat lah .
semua adaa dalam kereta tu . haha .

bila dah jumpa jimbo lain tuu , kami terus gerak ke senawang ,
konvoi dengan family syiqin dari sana ke port dickson .

sampai aje di port dickson dalam pukul 3 lebih juga lahh .
kami terus aje barbeque kat tepi pantai .
best ahh juga dapat makan :D

kami paling rajin :p
sempat lagi melihat ke arah camera :)
Budak berkaca mata @hr_bullah . artis :P
khusyuk membakar ayam .
peace yaww :D
aku dah cakap aku paling rajin :D

waktu tuu macam-macam ragam geng jimbo yang boleh aku perhatikan .
ada yang tak reti langsung nak barbeque ni .
ada yang selfie selfie dulu .
ada yang nak gantung plastik sampah kat pokok pun tak reti .
ada yang layan perasaan kat pantai .
ada yang rajin sangat membakar ayam .
ada yang duduk tengok je .

haha . macam-macam kesengalan yang teserlah masa tu XD

lepas aje bakar-bakar ayam nii ,
macam biasa budak laki terjunam dah dalam pantai tuu .
kami yang perempuan ni hanya mampu menonton dan bergambo aje .

seronok ahh tengok dieorang mandi ,
teringin nak join tapi menahan je diri ni haa . 

alep - bull - afiq
fida - me - syiqin - saba
No Caption XD
mandi sakan .
jimbo sengal .
look at the sunset XD
 selepas dah bersuka riaa semuanya ,
telah tiba waktu maghrib untuk kita menunaikan kewajipan sebagai muslim ,
solat di pantai lahh mereka semua .

after that , kami gerak ke apartment kami untuk rest .
dah booking bagai semua masuk bilik lah kita rest , solat semuanya .

lepas tu , kami semua pergi swimming pula . lelaki aje lah yang swimming mulanya , 
syida dengan jimbo perempuan yang lain mulanya tengok cerita kat laptop tepi kolam tuu ,
lama kelamaan , jimbo girl semua tergoda dengan kolam dan dieorang pun join mandi sekali .
haha . sengal jimbo ni kadang-kadang aku tengok .

syida memang lah tak join sebab syida trauma lemas dalam kolam ni .
tapi sebab mereka suruh aku cuba ,
syida pun cuba lah terjun kolam tuu tapi tak sampai berapa saat syida naik balik ke darat .

sebab ketakutan syida memang melampau .
so , syida usha je lahh . syida tak sanggup nak terjun kolam balik .

mereka ni swimming sampai pukul 12 lebih kott .
dahsyat gilaa . syida sampai mengantuk tunggu dieorang .

after swimming ,
kami semua gerak overnight makan McD dan lepak tepi pantai .
dengar petikan gitar yang dimainkan oleh kawan bull tu ,


 sebab cuaca macam nak hujan , kami gerak balik apartment ,
sampai pukul 3 lebih kott kami berjoli . haha .

sampai rumah borak-borak dengan jimbo girl semua dan tido lah dalam pukul 4 lebih :D

***

day two XD

kami pun check out dan gerak pulang lepas zohor .

tapi , kami tak terus balik , 
pergi lepak JJ Seremban dulu dengan jimbo .
lepak tengok wayang cerita 'Left Behind'

lepas maghrib , kami gerak balik hantar syiqin dulu kat senawang ,
sepanjang perjalanan ke rumah syiqin ,
azzfar memang menggila habis . techno sangat sampai terjoget dalam kereta .
haha . sengal gilaa sampai syida yang dalam kereta ni malu .
kalau kalau lah orang tengok kan .

sampai aje rumah syiqin makan dulu .
lepas tu , alep pun drive lah hantar kami semua .
hantar fida kat kuis , azzfar kat ktm bangi ,
dan rumah syida the last station .

***

dan berakhirlah percutian kami untuk dua hari XD

Terima kasih khusus buat keluarga syiqin yang sangat sporting .
belanja ayam bbq lagi , tempat tinggal lagi .
Thanks for everything beb XD

Terima kasih juga buat jimbo sebab sudi kongsi masa untuk bersama .
haha , walaupun tak berapa nak lama cutinya .
kira best jugalah dapat enjoy dengan korang .

Semoga jumpa lagi next semester .

see yaaa XD

Comments

Popular Posts