Life

Assalamualaikum XD

wah wah lama syida tak masuk balik menulis blog nii .

setiap hari syida pergi kat peti ais ,
syida akan nampak surat appoinment syida dengan doktor yang tersegam indah tu .
dan setiap kali tuu lah syida fikir tentang kehidupan .
dan bila kematian syida .

dengan sakit yang misteri ni ,
dengan doktor kata itu ini .
dengan kerisauan umi lagii yang melimpah ruap .

apa yang syida pegang kehidupan ni Dia je boleh beri dan ambil .
sebab itu kuasa Dia :)
***
hidup ni bukannya lama sangat .
sebab tu sekarang syida lah paling malas nak gaduh .
dengan sesiapa pun manja je sekarang ni ,
baik jee :D

baik ke ? tak tahu lahhh . mengada dan bising je rasanya .

kehidupan ni satu perjalanan yang kita kena tempuh .
setiap cabaran yang melanda , kita hadap je .
kita kena sentiasa teruskan dan jangan pernah berhenti .
biarlah kehidupan kita berhenti dengan kematian .

sementara kita masih hidup ni ,
kita kena gunakan hidup ni sebaik mungkin .
buat apa yang baikk , jauh apa yang jahat .

okayy ?
kita kena sentiasa cuba menerima setiap orang yang hadir dalam hidup kita .
berbeza mana pun perangai dia dengan kita ,
kita terima je sebab Allah jadikan kita dengan pelbagai watak ,
untuk kita saling lengkap melengkapi .

dan pedulikan lah apa orang terjah dan kata dekat kitaa .
siapa dia nak menilai kita baik atau jahat .
just close your eyes and see the you inside .
be confident with  yourself and just ignore what people say .
just be yourself mehh :)


manusia normal lah buat kesilapan dalam hidup .
kalau dia tak buat silap , dia takkan tahu apa itu baik dan buruk .
kan kan kan ?

apa yang kita kena buat adalah meminta maaf dan memaafkan .
that is the best way bro XD

kadang-kadang masa itu mengajar kita apa sebenarnya hidup .
supaya kita tak lakukan benda yang sama berulang kali .
hidup ni untuk belajar .

orang yang jahat tak semestinya tak ada masa depan ,
orang yang baik tak semestinya tak ada masa silam .

masa silam kita yang gelap mana pun ,
just forget the past , focus the future and live in your present life .
semua manusia akan mengalami benda yang sama iaitu ujian :)

so , be tough in your live and move on bro !

dan hargailah mereka yang kita ada sebelum mereka hilang ataupun kita yang pergi .
hargai dan sayangilah semampu kitaa .

hidup ni ada dua kali je  ,
satu di dunia dan satu lagi jauh nunn di sana selepas dunia ni hancur :)

awak dan saya buatlah apa yang terbaik di sini untuk kebaikan berpanjangan di sana .

okay lah . just that from me .

see yaaa XD

Comments

Popular Posts