Sayang
Assalamualaikum .
apa itu sayang ?
syida pun tak tahu nak jawab apa lah .
yang syida tahu sayang itu sesuatu yang datang dari hati .
kita tak dapat pun nak lihat sayang tuu sebab ia benar-benar tersembunyi .
sayang ni bukan kita pandang dari sudut antara lelaki dan perempuan .
sayang ni meliputi semua aspek perhubungan .
sayang dengan haiwan .
sayang dengan alam semula jadi .
sayang dengan keluarga .
yang paling hebat sayangnya kalau kita sayang Allah dan Rasul kita :D
***
well , hari ni syida nak cakap mengenai kasih sayang keluarga .
tadi ada satu kisah lucu yang berlaku di rumah .
ianya mengenai kasih sayang :D
syida kan ada sakit yang entah bila akan sembuh .
yang entah bila akan terbongkar misterinya . haha .
so , today my umi buat announcement suruh makan ubat .
"kaklong . makan ubat ni ! umi letak kat sini ubat"
"haa . yalah yalah"
well , syida bukannya jenis yang takut akan ubat tapi syida tak suka makan ubat .
so, lepas my umi dah cakap suruh makan ubat ,
syida tetap tak gerak ke dapur sebab syida tak suka ubatt .
so , syida sangat malas .
then suddenly , nabil berlari ke arah syida .
dan dia hulurkan syida ubat tuu dan dia suruh makan .
haha , terharu kott . rasa nak menangis bila nabil dari dapur berkari ke arah syida .
semata-mata umi suruh makan ubat .
sebak dada ketika tuu .
dan syida cakap dengan nabil ,
"air mana air ? takkan nak makan ubat macam ni"
haha . dan dia terus berlari ke dapur dengan mengisi air dalam cawan tuu sendiri .
lepas tuu kembali ke arah syida untuk bagi air tuu .
dan sekarang syida nampak ,
nabil yang kelainan upaya dan seorang yang istimewa dalam keluarga kami mula membesar .
adik syida yang dah semakin cerdik berbanding dulu .
wahh . sekarang pun rasa nak meleleh sambil menaip .
huu . tahan syida tahan syida . tak macho lah menangis kan .
well , itulah sayang dari seorang adik yang dilahirkan tidak normal seperti kami .
walaupun dia tak seberapa sempurna .
tapi dia mampu menyayangi akuu .
terima kasih umi dan abi yang mendidik nabil .
tanpa umi abi , nabil mungkin tak membesar dengan baik :D
***
keluarga kalau hilang dengan kematian .
tak dapat diganti dengan sesiapa pun .
jadi , hargailah selagi mereka masih hidup .
hagailah mereka selagi anda masih hidup .
hidup ini singkat .
semoga syida dan semua pembaca blog syida ni dapat lakukan tanggungjawab dalam keluarga sebaiknya .
see yaa XD
Comments